Wednesday, December 3, 2008

Permulaan Karierku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Karier sebagai seorang pendidik telah aku ceburi sejak Disember 1993. Mengikuti kursus perguruan di Institut Perguruan Sarawak, Miri, Sarawak (1991-1993) dalam opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak (major) dan Pengajian Melayu (minor). Mentor aku ketika itu masihku ingat lagi iaitu Puan Tumerah yang begitu mengambil berat dan sentiasa memberi kata-kata perangsang kepada mentee-menteenya. Maklumlah kami merupakan batch yang pertama opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak. Ketika itu opsyen PAK dipandang rendah oleh rakan-rakan guru pelatih yang lain. Namun alhamdulillah, sedikit demi sedikit, lama kelamaan, kami semakin diterima dan tiada lagi jurang antara kami dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain. (Kepada rakan-rakan L91 yang membaca blogku ini, diharap dapat menghubungi aku).

1 comment:

noormalis jamari said...

Tahniah, satu perkembangan yg menakjubkan. Teruskan usaha anda utk mendaulatkan penggunaan ICT walau di mana kita berada...adiosss!!!
P/S : Masukkan lebih byak pose2 istimewa kita yee..

*Masijah