Friday, June 12, 2009

Melancong Ke Medan










Pada 2 - 5 Jun yang lepas, sebahagian warga SK Kalumpang dan SMK Syed Mansor telah melancong ke Medan menggunakan pakej 4 hari 3 malam yang dikendalikan oleh Nusa Leisure Travels Sdn. Bhd. Percutian ini memang amat berbaloi dan kami sangat-sangat berpuas hati dengan service yang diberi. Saya cadangkan kalau nak melancong elok ambil yang pakej sebab destinasi dan tempat makan sudah ditetapkan.

Hari Pertama - Jejak je kaki, kami disambut oleh pemandu pelancong, Mas Aswar (Ya ibu-ibu, bapak-bapak...). Dia ni memang kelakar orangnya. Tak kering gusi sepanjang di Medan. Sampai je kat Medan kami ronda-ronda bandar Medan. Memang trafik mereka sesak, hon sentiasa berbunyi....pon,pon,pin,pin. Kalau kat Malaysia memang bergaduh punya. Tapi mereka membunyikan hon sebab nak minta laluan. Ianya sesuatu yang biasa di Indonesia. Kemudiannya kami dibawa bermalam di Hotel Asean International (4 *). Makan malam di situ.

Hari Kedua - Kami dibawa ke Istana Maimun. Makan tengah hari di Restoran Simpang Tiga (masakan minang...sedap). Kemudian meneruskan perjalanan ke Tasik Danau Toba. Jalan hendak ke Danau Toba lebih bengkang-bengkok daripada ke Cameron Highland. Jalannya berhampiran dengan gaung. Gayat ada, takutpun ada tapi apabila sampai ke kawasan Tasik Toba, kegayatanpun hilang apabila melihat pemandangan yang sungguh indah yang sukar diungkap dengan kata-kata. Kami makan malam dan bermalam di Danau Toba Cottage International (not bad).

Hari Ketiga - Selepas sarapan kami dibawa ke Pulau Samosir (kawasan kaum Batak Toba) untuk melihat perkampungan Raja Batak pada masa dulu menggunakan feri, siap karaoke lagi. Mas Aswar menceritakan amalan kaum Batak Toba pada masa dahulu. Selepas membeli-belah kami meneruskan perjalanan ke Berastagi yang terletaknya air terjun Sipiso-piso. Pemandangan yang menghadap Tasik Danau Toba amat mengasyikkan. Seterusnya kami dibawa ke Parapat dan bermalam di Hotel Grand Mutiara (rasanya 5*). Wow! Hotelnya memang cantik. Udaranya yang amat sejuk ketika angin bertiup menyebabkan saya tidak mampu berada lama di luar.

Hari Keempat - Kami bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya iaitu aktiviti shopping di Pasar Ikan. Bukan sahaja di Pasar Ikan dan Medan Mall, kami juga dibawa ke kedai-kedai menjual kain batik, telekung dan sebagainya. Walaupun matawang kita lagi tinggi daripada Indonesia, kalau ditambah tolak, didarab bahagi, lebih kurang sama je... 100,000 rupiah bersamaan dengan RM35.00 duit kita. Kami mengakhiri percutian di Medan dengan bergerak ke Polonia Airport pada jam 6 petang. Flight dijangka pukul 9.30 malam tapi delay 1 jam. Kami sampai di LCCT lebih kurang 12.00 tengah malam. Sampai di Kalumpang 3.00 pagi. Amat memenatkan tetapi sangat berbaloi.

Tahun depan katanya nak ke Bali pula, nak join lagi lah. Rugi kalau tak ikut. Peluang bukan datang selalu.

Hari Guru SK Kalumpang

Hari Guru Peringkat Sekolah SK Kalumpang disambut dengan meriah seperti juga sekolah-sekolah yang lain. Guru-guru dan murid-murid sama-sama memeriahkan hari guru tahun ini. Semoga kita warga pendidik sentiasa bersedia membimbing anak bangsa.